Senin, 24 Maret 2008

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET

Keburukan Internet

Adalah tidak dapat di nafikan bahawa suatu perkara atau benda itu memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga Internet, ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Keburukan didalam Internet yang jelas dan nyata adalah seperti berikut:

a. Senang untuk mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar,
dan video clip. Ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat dan menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.

b. Chating atau borak di dalam Internet yang terlalu lama tanpa faedah akan menyebabkan bil telefon meningkat.

c. Penyebaran maklumat yang berunsur negatif kepada sesiapa sahaja melalui emel atau laman web.

Walaubagaimana pun mengikut pendapat pakar kaji selidik tentang penggunaan Internet ini, adalah didapati keburukan di dalam Internet ini hanya meliputi 5% sahaja daripada keseluruhan keupayaan Internet.

Walau apa pun kebaikan atau keburukan Internet ini, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Sebagai contoh, dalam rumah kita sendiri ada pisau. Pisau tersebut biasanya kita gunakan untuk memotong buah, daging dan sebagainya, dengan kata lain kita gunakan untuk kebaikan. Kita juga boleh menggunakan pisau tadi untuk memotong sesiapa sahaja didalam rumah kita dengan kata lain kita gunakan untuk keburukan. Pilihlah yang mana baik dan yang mana buruk. Pada saya ia bukan sahaja baik dan buruk tetapi ia telah mengajar saya lebih dewasa.

Menurut data daripada kajiselidik yang dibuat oleh Nua Internet Survey pada November tahun lalu menunjukkan jumlah pengguna internet adalah 407.1 juta, berbanding 381.79 juta pada Oktober dan 377.65 juta pada September tahun yang sama. Peningkatan jumlah pengguna internet setiap bulan ini membuktikan semakin ramai manusia menyedari kepentingan internet dan menjadikannya semakin popular dari hari ke hari.

Perkembangan positif ini juga sekaligus telah mewujudkan banyak peluang perniagaan yang berasaskan teknologi komputer dan internet kepada manusia. Antaranya perkhidmatan e-dagang, peningkatan jumlah kafe siber, multimedia dan sebagainya.

Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya remaja yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan pengguna. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak. Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi remaja dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan remaja juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet (chit chat) , malayari laman-laman yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi serta menimba pengetahuan.

Berlaku penyebaran fitnah/surat layang yang bersifat spekulatif & provokatif.

Sentimen perkauman bagi masyarakat berbilang kaum, memburukan imej negara & pemimpin dan cubaan meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Penyelanggarann kos yang tinggi terutamanya kawasan luar bandar yang berpendapatan rendah,

Mengalakan jenayah siber/jenayah kolar putih berleluasa seperti pecah amanah,mencuri maklumat,menceroboh laman web,dan sebagainya.

Menyiarkan laman-laman lucah tanpa tapisan seperti gambar atau klip video.

Menjatuh/mengaibkan seseorang bagi tujuan niat jahat melalui artikal atau gambar.

Berlaku kecurian maklumat & penyalinan data secara tidak sah.

Pengguna Internet menjadi anti-sosial kerana mengalakan pengguna internet duduk dirumah tanpa bersua dengan orang ramai.

KEBAIKAN INTERNET

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

  • Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
  • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti EURO2004 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. ‘Hospital maya’ sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai ‘teleperubatan’. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Sebelum memulakan perbincangan, kita lihat dahulu apa yang menjadi kelebihan internet? Pertanyaan seperti ini pasti muncul bagi setiap orang yang ingin lebih jauh melayari dunia internet.

1. Kemampuan grafik internet memungkinkan kita untuk memperlihatkan jenis produk yang ada dan mendeskripsikan pelayan yang anda berikan secara dinamik dan dalam format yang interaktif. Anda juga dapat membuat brosur berwarna dan menyebarkannya tanpa dibebani kos cetakan.

2. Halaman Web akan membantu dalam bidang perusahaan. Hanya dengan pelaburan yang relatif kecil, produk anda mampu tersebar luas di dalam pasaran global. Walaupun usaha anda hanya sebuah bisnes berskala lokal atau kecil, pelaburan anda mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

3. Terdapat banyak perusahaan yang menggunakan internet untuk berhubung dengan pelanggan dan berkomunikasi tentang perusahaan. Ketika anda berhubung melalui internet dengan ISP (Internet Service Provider) anda boleh menggunakan internet selama beberapa jam dan mengirimkan seluruh e-mail tanpa kos tambahan.

4. Pelanggan selalu ingin tahu apakah mereka dapat memperoleh jawapan mengenai pertanyaan dan keluhan-keluhan mereka tanpa kehilangan banyak waktu dengan menggunakan telefon. Internet adalah pilihan tepat. Mengapa? Kerana internet merupakan suatu pilihan yang memudahkan, bagi mereka yang tidak suka dengan sistem voice-mail, untuk menggunakan format online dan atau e-mail.

5. Tidak pernah sebelumnya seluruh masyarakat dunia dapat berhubungan dengan mudah antara satu dengan yang lain dalam mencari dan bertukar informasi mahupun idea sebelum wujudnya internet. Melalui newsgroups, mailing list dan e-mail, ianya dapat menghubungkan anda dengan laman-laman web yang anda inginkan dengan cepat dan mudah.

6. Internet merupakan sumber yang luas (vast resources) yang memungkinkan untuk menemukan vendor atau layanan peribadi untuk memenuhi keperluan perniagaan. Anda tidak perlu ke perpustakaan untuk mencari sumber-sumber rujukan. tTerdapat banyak industri kini telah memiliki halaman web sendiri tempat anda untuk mencari informasi. Anda dengan mudah dapat mencapai informasi yang anda perolehi tanpa harus menggunakan perkhidmatan telefon.

7. Internet merupakan jaringan raksasa yang melintasi batas negara dan politik. Hanya melalui internet, tak peduli anda berada di mana, anda dapat berhubung ke seluruh dunia.

Tambahan:

Antara kebaikan dan keburukan Internet

ORANG ramai berbelah bahagi mengenai cadangan menguatkuasakan undang-undang mengawal salah guna Internet. Perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku.

Mereka yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak terdedah kepada gejala negatif seperti pornografi, di samping penyebaran berleluasa makalah dan berita berunsur fitnah atau menghasut. Sementara mereka yang menentang mempertahankan prinsip penyaluran maklumat secara bebas sejajar dengan dasar langit terbuka yang dipertahankan pengusaha Internet.

Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Cuma, untuk membuktikan kesahihan sesuatu berita atau mengesan sumber berita di Internet agak sukar berbanding yang disiarkan akhbar.

Namun, sudah ada orang yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita angin, yang menjejas ketenteraman negara di Internet," kata Safar.

Menurutnya, siapa saja boleh mendapatkan maklumat di Internet. Tetapi masalah perundangan akan timbul bila maklumat itu dipindah turun, dicetak dan disebarkan kepada ramai, walaupun hakcipta kebanyakan bahan dalam Internet adalah terpelihara.

Safar berkata, undang-undang di negara ini adalah cukup untuk mengatasi pelbagai perbuatan jenayah dan hasutan menerusi penyebaran berita negatif.

Pengerusi Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom), Shaifubahrim Saleh, pula mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu kumpulan pengawas dikenali sebagai 'Cybercop' untuk membendung kegiatan negatif melalui Internet termasuk penyebaran khabar angin.

Beliau berkata, kumpulan itu boleh dianggotai oleh beberapa pakar teknologi komputer.

Dengan adanya badan seumpama itu, katanya, pendaftaran pengguna yang mahu menggunakan Internet di siber kafe dapat dijalankan lebih berkesan. Ini kerana mereka akan lebih berhati-hati menggunakan Internet.

Ada pihak pula mencadangkan pendaftaran kafe siber diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menentukan pengawalan lebih berkesan.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bandar Majlis Belia Melaysia (MBM), Norizan Sharif menentang kerana menganggap tindakan seumpama itu akan mewujudkan tanggapan salah di kalangan organisasi korporat luar, malah bertentangan dengan piagam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin penyaluran maklumat secara bebas, tanpa ditapis.

Beliau berkata, langkah sedemikian secara langsung membantut perkembangan dunia teknologi maklumat khususnya Internet yang memang memanfaatkan masyarakat termasuk generasi muda jika digunakan sebaik-baiknya.

"Pemimpin masyarakat dan ibu bapa harus melihat Internet secara positif dan akur kepada fungsinya sebagai wadah pendidikan yang cukup berkuasa," kata Norizan.

Berhubung langkah mengelak kanak-kanak daripada mendekati halaman yang dianggap tidak sihat seperti pornografi, beliau berkata, ini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tapisan seperti Cyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan Net-Nanny pada komputer.

Dalam pada itu, kafe siber yang menjadi tempat tumpuan belia atau kanak-kanak tanpa mengira had umur berupa fenomena baru dalam masyarakat hari ini. Kebanyakan kafe siber yang mengenakan bayaran antara RM4 hingga RM10 sejam biasanya dibuka sepanjang 24 jam.

Sebaik saja berdepan dengan komputer, pengunjung siber kafe bebas menonton apa saja termasuk video lucah atau "melayari" pelbagai bahan yang mereka gemari melalui Internet tanpa sekatan. Malah sesetengah kafe siber dipasang pula dengan lampu malap yang kadangkala boleh menimbulkan keraguan ibu bapa mengenai apa yang berlaku di dalamnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin, baru-baru ini berkata kementerian sedang merangka satu undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat-pusat Internet kafe siber.

Katanya, undang-undang yang sedang digubal itu akan diguna pakai oleh semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Prof Hamdan Adnan, berkata, kafe siber biasanya tertakluk kepada Undang-undang Kecil Pelesenan, Perdagangan dan Perindustrian, Undang kecil Pengendalian Makanan, dan Enakmen Hiburan dan Premis Hiburan oleh majlis daerah atau majlis perbandaran di negeri-negeri dan ia tidak menyentuh secara langsung mengenai penyalahgunaan Internet.

Beliau berkata, kebanyakan undang-undang itu terhad kepada soal-soal mengawal premis terbabit daripada kegiatan perjudian dan kebersihan di persekitarannya. Bagi mengelak pembabitan kanak-kanak terlalu muda, beliau mencadangkan larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dari memasuki kafe siber. Kini tiada had umur dikenakan kepada pelanggan kafe siber.

Katanya, langkah memendekkan waktu operasi kafe siber juga perlu dipertimbangkan memandangkan tempoh operasinya adalah 24 jam kerana masih didaftar sebagai restoran.

Safar pula berkata, bagi mengatasi gejala kurang sihat yang mungkin berlaku di kafe siber yang banyak muncul sekarang, kafe ini harus diletakkan di tempat terbuka.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Abu Hassan Omar baru-baru ini berkata, kerajaan negeri akan mengkaji secara menyeluruh masalah yang timbul berikutan kewujudan siber kafe yang beroperasi 24 jam. Beliau berkata, ia boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan pengguna terutamanya golongan remaja.

Bagaimanapun, sesetengah pekerja sebelah malam seperti wartawan, pekerja hospital, serta petugas radio dan tv berpendapat kafe siber wajar beroperasi 24 jam bagi membolehkan mereka mendapatkan kemudahan itu selepas habis bertugas pada awal pagi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Ting Chew Peh baru-baru ini berkata kawal selia terhadap kafe siber akan diperketatkan untuk mengelak penyalahgunaan premis terbabit.

Seorang pengusaha kafe siber di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur berkata, pelanggan kafe siber kebanyakannya belia yang menyukai suasana luar rumah.

Beliau berkata, bagi sesetengah remaja, setakat untuk bermain komputer dan memasuki Internet boleh dilakukan di rumah, tetapi mereka lebih suka melakukannya di luar untuk bertemu dan berinterksi dengan kawan-kawan.

Sehingga kini tidak ada undang-undang khusus mengenai kafe siber dan sesiapa saja boleh memohon membukanya semudah membuka restoran.

Semoga penggubalan undang-undang baru hiburan bagi mengawal kegiatan di pusat Internet kafe siber dapat mengawal salah guna Internet seperti menyebarkan khabar angin, maklumat palsu atau mengembar-gemburkan keadaan. - Bernama

10 komentar:

the boy mengatakan...

blog ini sangat bagus sekali,karena adanya ini saya menjadi tahu apa keburukan internet

Anonim mengatakan...

bgusnye blog nie..
senang kteorg wt assigment..
haha...
tq..

NuiFT6 mengatakan...

Btul2... informative.. TQ..

Anonim mengatakan...

terima kasih kerana banyak menolong saya dlm hw saya!

Nur Farzana mengatakan...

thanks..mmg byk membantu!

Anonim mengatakan...

byk membantu sy..lps bce blog ni..ley bt assgnmnt..

Anonim mengatakan...

bagus...blog nie..sedarkan remaja yang baru ingin membangun seperti saya

nur atikah mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Anonim mengatakan...

Thanx,. Snang lha keja lpas ni.

fatimah mengatakan...

Betul tu. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu monitor apa yg anak2 kita surfing. :)